TMJ Sindir Salahuddin Ayub Berbaju Melayu Tradisi Diraja Johor

Pada zaman dimana arus perubahan semakin berkembang kini, pelbagai rekabentuk baju Melayu telahpun dikeluarkan dan diinovasikan bagi memeriahkan lagi suasana di Aidilfitri. Dari  Baju Melayu Pahlawan Sado, Baju Melayu Pendekar yang dimodenkan sehinggalah Baju Melayu Slim Fit dan ala-ala kurta Pakistan pernah menjadi tular dan dan turut digayakan oleh masyarakat.

Baju Melayu Teluk Belanga sinonim dengan rakyat negeri Johor sejak berzaman lagi dan tahukah anda terdapat perbezaan di antara pakaian kerabat Diraja Johor dan rakyat jelata yang bernaungan dibawah naungan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor? Inilah keunikan yang ada pada kerabat Diraja Johor secara khususnya dan negeri Johor amnya.




Baru-baru ini Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris, putera sulung Sultan Ibrahim Johor telah memuat naik beberapa status di IG berkenaan pakaian tradisi kerabat Diraja Johor yang ramai orang tidak tahu lebih-lebih lagi bagi mereka yang bukan dari negeri Johor itu sendiri. Ini menarik perhatian netizen yang tidak ramai tahu sejarah dan asal usul Baju Melayu Teluk Belanga yang sinonim dengan negeri Johor.

Baju Melayu Teluk Belanga Kerabat Diraja Johor dipakai bersama seluar hitam!

Tidak dinafikan ramai rakyat biasa sekarang sudah tidak kisah akan tradisi pakaian Melayu yang diamalkan berzaman lagi. Apa yang penting hanyalah nampak gah dan trending serta up to date dengan zaman moden. Tahukah anda setiap pakaian Melayu yang direka zaman dahulu penuh dengan falsafah Melayu yang indah? Namun sayang tak sedikit anak-anak Melayu sendiri yang tidak peka dan berminat akan warisan tinggalan nenek moyang mereka sendiri.

Hanya kerabat Diraja Johor dan kerabat damping yang layak memakai seluar hitam bersama baju teluk belanga.

Sekarang ramai orang luar dari Johor termasuk rakyat Johor sendiri yang ingin meniru pakaian tradisi kerabat Diraja Johor tanpa mengetahui asal usul apatah lagi ceritera daripada rekaan tersebut.

Baju Melayu Teluk Belanga rakyat jelata tidak memakai seluar hitam 

Bagi rakyat biasa pula, haruslah mengenakan Baju Melayu Teluk Belanga dengan seluar yang sama warna dengan baju bagi membezakan orang kebanyakan dengan kerabat Diraja Johor. Lengan pula haruslah tidak disentengkan atau dilipat!

Jangan celarukan pakaian tradisi negeri Johor

Kelihatan Salahuddin Ayub mengenakan Baju Melayu cekak musang (butang lima) dengan seluar hitam! Ini sudah tentu menjadi kesalahan besar dalam mengenakan pakaian Melayu yang sudah semestinya mempunyai falsafah Melayu itu tersendiri. Malah, sebagai golongan rakyat jelata dan bukan kerabat Diraja Johor adalah tidak sewajarnya mengenakan pakaian yang telah ditetapkan menjadi identiti kerabat Diraja Johor itu sendiri.

Semoga dengan artikel ini anda semua jelas mengenai Baju Teluk Belanga yang mempunyai falsafah dan cerita yang tersendiri dalam sejarah rekaan baju tersebut.

Jika terdapat kesalahan dan sebarang tambahan mohon diberikan komen dalam ruangan yang disediakan dibawah. Jangan lupa like dan share supaya semua orang tahu tentang artikel ini!

 







 

 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge