Tak Sanggup Lihat Anak Abang Botak Tak Beraya, Lelaki Ini Tawar Diri Bayar Ganti Rugi

Menjadi perbualan warganet apabila tular video abang otak memecahkan cermin Perodua Alza milik Siew Chan Voon, kini beliau telahpun dijatuhkan hukuman penjara 12 bulan bermula dari trikh beliu ditangkap.Semalam Mahkamah Petaling Jaya telah menjatuhkan hukuman 12 bulan penjara kepada individu Danial Abdullah Tan, atas kesalahan memecahkan cermin sebuah kereta Alza gara-gara pemandu tersebut membunyikan hon.

Hukuman yang diterima beliu mengundng pelbagai respon negarif dan rasa curiga terhadap sistem kehakiman negara yang sekaligus memberikan seribu tanda tanya serta membandingkan pesalah-pesalah yang lain yang menerima hukuman yang ringan sedangkan mereka juga melakukn kesalahan yang sama bahkan mungkin lebih berat lagi.

Terkesan atas nasib yang menimpa beliau, seorang pengguna Facebook ini telah menawarkan bayaran ganti rugi cermin kenderaan kepada pemandu kereta Perodua Alza yang dikenali sebagai Siew Chan Voon.

Di dalam status Facebook beliau telah menulis..

Bismillah…

Assalamualaikum…
.
Selepas terbaca tentang “Abang Botak” kena hukum penjara setahun, ini bermakna yang dia terpaksa beraya di penjara. Sedih pulak bila mengenangkan yang dia ada 2 orang anak kecik lagi…
.
Dengan penuh rasa rendah diri dan keinsafan, abam ingin menawarkan diri untuk menggantikan cermin Proton Alza kepunyaan Siew Chan Voon dan memohon membebaskan “Abang Botak” yang bernama Daniel Abdullah Tan serta merta dengan harapan perkara ini tidak berulang…
.
Seluruh warga netizen dok mengecam perbuatan Daniel ini. Abam tak nafikan yang Daniel bersalah dalam hal ini tapi abam rasa dia patut diberi peluang kedua.. Lagi pulak lepas abam dapat tau pasal anak2 beliau, tu yang buat abam terpanggil untuk menghulurkan sedikit bantuan. Semoga perkara ini menjadi pengajaran buat semua…
.
Mungkin hari ni hari dia, tak mustahil satu hari nanti kita pulak yg berada di tempat Daniel.. Abam terbaca yang mana ini adalah kesalahan pertama Daniel dan beliau tak pernah ada rekod jenayah sebelum ni. Maybe he just having a bad luck on a bad day at the wrong location..
.
Abam tak mau pertikaikan tentang hukuman yang dah dijatuhkan, itu semua bukan dalam bidang kepakaran abam so abam tak nak berhujah apa2 pasal keputusan mahkamah tu..
.
But I was once motorcyclist before. Yang pernah bawak motor je mungkin faham akan situasi ini… Kadang2 ada perkara yg terjadi kt jalanraya bole mendorong ke arah perilaku mcm tu..
.
.
Encik Siew Chan Voon atau sesiapa yang mengenali beliau boleh pm abam untuk urusan seterusnya…
.
Terima kasih…
.
.

P/s : sekiranya dah tiada cara lagi untuk kita tolong Daniel agar dibebaskan, mungkin kita perlu fikirkan cara bagaimana untuk tolong keluarga beliau sempena nak menyambut Hari Raya yang tak lama lagi..

Sumber : FB Mohd Fadzli Ramli








 

 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge