Shuib Sepahtu Dikecam Dayus Oleh Netizen Kerana Minta Izin Isteri Beli Motor

Baru-baru ini Shuib Sepahtu dikecam hebat oleh netizen dengan melabel beliau sebagai suami yang dayus gara-gara meminta izin isterinya Siti Sarah untuk membeli motor Ysuku impiannya. Menerusi akaun instagram milik Sarah, beliau merasa kesal dengan cerita netizen yang melabel suaminya dayus dan tampil mempertahankan maruah suaminya.

 

Baginya dia kagum dengan sikap suaminya yang jujur dan menghormatinya sebagai isteri. Menurutnya, suaminya itu boleh sahaja membeli apa sahaja mengikut keinginnanya tanpa perlu meminta izin, namun atas dasar tanggungjawab, menjadi satu kebiasaan buat suaminya meminta kebenarannya dulu.

Umum mengetahui, pasangan Shuib dan Sarah merupakan antara pasangan yang tak terpalit kontroversi rumah tangga seperti mana selebriti yang lain. Begitu lah lumrah dalam kehidupan berumah tangga, tak semua orang akan senang melihat kita bahagia dan tak semua juga orang berbangga melihat kita berjaya.







 

 

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge