Haziq Aziz Mengaku Bersama Azmin Ali Dalam Bilik Hotel Sewaktu PRK Sandakan

Menjadi viral di media sosial sepotong klip video ranjang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dato Azmin Ali
yang juga merupakan bekas Menteri Besar Selangor itu.

Sejak penularan video tersebut ramai dalam kalangan netizen yang mengecam seolah-olah ada cubaan jahat dari pembangkang untuk menjatuhkan pemimpin tersebut sehingga tergamak menyebarkan video intin pemimpin PKR tersebut bersama seorang lelaki di bilik hotel.




Namun sebaliknya berlaku apabila Haziq Aziz, juga ahli PKR sendiri merangkap Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) kepada Timbalan Menteri Industri Utama sejak 15 Januari 2019 lalu kini tampil dengan status di laman facebook beliau mengakui bahawa beliau adalah individu yang bersama dengan Azmin di dalam bilik hotel terbabit dengan memuat naik sebuah video pengakuan.

Menurut beliau lagi perbuatan tidak bermoral itu dilakukan di sebuah hotel di Sandakan Sabah sewaktu PRK Sandakan pada bulan Ramadhan yang lalu. Beliau menggesa SPRM untuk menyiasat Azmin Ali berikutan skandal-skandal rasuah yang dilakukan pemimpin PKR terbabit.

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge