Walaupun Beribu Makian Rakyat Tetap Pilih PH

Walaupun beribu kecaman dan makian dilontarkan saban hari kepada pimpinan Tun M secara khususnya dan Pakatan Harapan secara keseluruhannya, PH sehingga hari ini masih lagi menjadi Kerajaan Baharu yang menjadi pilihan dan kesayangan rakyat Malaysia.

Prof Datuk Seri Dr Syed Arabi Idid melalui Unit Kajian Pilihan Raya Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mendapati rakyat di negara ini masih tetap memilih Pakatan Harapan (PH) berbanding Barisan Nasional (BN) dan PAS.

Kata beliau lagi, berdasarkan kajian secara bersemuka dengan 1400 responden mendapati jawapan rakyat dari segi prestasi PH agak kritikal, namun mereka akan tetap memilih PH. Kajian tersebut dijalankan sejak Mac tahun ini juga mendapati PH tidak mendapat sokongan tinggi di Kelantan dan Terengganu. Bagaimnapun PH mempunyai sokongan padu di negeri dibawah pentadbirannya termasuk responden Sarawak yang juga menyatakan keyakinan mereka kepada PH.

Menurut Syed Arabi walaupun hasil kajian yang dilakukan oleh UIA mendapati golongan yang berpendapatan dan pendidikan rendah memilih BN dan PAS sebagai satu entiti parti politik, namun secara keseluruhan masih lagi PH lebih memihak kepada PH.

Jutaan makian, bahkan billionan cercaan dan ejekan daripada rakyat Malaysia mengenai beberapa janji 100 hari PH memerintah masih tiada 1 pun yang tertunai tidak sedikitpun melunturkan HARAPAN rakyat Malaysia untuk terus percaya dan berharap ianya akan tertunai seiring berjalannya waktu.

Apabila ditanya adakah pihak beliau akan mendedahkan keputusan tersebut kepada umum namun beliau menjawab ianya hanya sekadar untuk rujukan mereka sahaja.

>

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge