Tiada Bantuan Aidilfitri Untuk Pekebun Kecil, Harga Getah Kembali Stabil

Sempena dengan Hari Raya Aidil Fitri yang bakal tiba ini, sudah menjadi kelaziman bagi rakyat Malaysia untuk mengharapkan sumbangan dan bantuan Aidil Fitri bagi membuat persiapan menjelang perayaan utama yang bakal dissambut oleh seluruh umat Islam di dunia. Namun dengan keadaan ekonomi negara yang agak kurang stabil membuatkan beberapa plan dan bantuan dikurangkan sedikit demi sedikit demi menyelamatkan ekonomi negara dari terus jatuh menjunam.

Terkini, menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali berkata pekebun kecil getah tidak akan mendapat bantuan Hari Raya Aidil Fitri pada tahun ini ekoran daripada harga getah yang telahpun stabil. Laporan Utusan Melaysia memetik kata beliau harga purata getah standard Malaysia 20 (SMR 20) kini telah berada pada paras yang stabil iaitu mencecah RM 6.15 setiap kilogram.

 








 

 

>

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge