Tak Sampai Sehari Disekat Google Dan USA, Huawei Tampil Dengan Hongmeng Bagi Menggantikan Android

Tak sampai beberapa jam berita penyekatan Google terhadap Syarikat telefon pintar gergasi China tersebut, kini Huawei menerusi Huawei Central mendedahkan gergasi telekomunikasi tersebut akan menggunakan Operating System sendiri yang diberi nama Hongmeng yang dibagunkan sejak 2012 lagi bagi menggantikan Android.

Menurut Huawei Central, syarikat tersebut juga sudah mula menggunakan persisian terbabit namun ianya hanyalah disebalik tabir dan masih dalam proses penambahbaikan. Sumber mengatakan nama “Hongmeng” itu hanya sekdar nama kod atau nama yang berkait rapat dengan sistem operasi tersebut dan nama sebenar sistem operasi itu masih belum dipastikan.

Huawei sehingga kini masih belum memberi maklum balas mengenai laporan ini namun sebenarnya syarikat tersebut telahpun menjangkakan lebih awal penggantungn Google dan Android sebelum ini memandangkan syarikat Huawei sendiri sedang membangunkan pengganti kepada sistem pengendalian Android milik Google.

Syarikat gergasi Amerika Syarikat, Google yang menguasai pasaran telefon pintar dengan sistem operasi Android memutuskan untuk menyekat hubungan kerjasama bersama firma China, Huawei yang dikatakan memberi ancaman keselamatan negara oleh Washington.

Amerika Syarikat juga turut melarang kerjasama antara syarikat teknologi lain seperti Intel, Qualcomm dan NVIDIA.

Ketua Pegawai Eksekutif Huawei, Richard Yu berkata pihaknya telahpun menyediakan sistem operasi sendiri dan bersedia sekiranya berlaku sebarang sekatan.








 

 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge