Salah Nombor Akaun Bank, 300,000 Belum Terima BSH – Lim Guan Eng

Penyaluran Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR) 2019 pada kali ini menyaksikan ramai yang masih belum menerima bantuan tersebut. Menurut Menteri Kewangan Lim Guan Eng, kira-kira 300,000 masih tidak menerima duit BSH berikutan nombor akaun bank yang didftarkan tidak tepat.

“Bagi BSH 2019, pembayaran bagi penerima berumur 59 tahun ke bawah adalah melalui akaun bank isteri. Perkara ini telah diumumkan kepada setiap penerima BSH melalui surat makluman dan turut dipaparkan di dalam portal BSH, https://bsh.hasil.gov.my untuk makluman umum.”

“Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan dan aduan anda boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2747 serte emel kepada bsh@treasury.gov.my,” katanya.

Pembayaran BSH Fasa 2 kali ini melibatkan penyaluran peruntukan sebanyak RM1.42 Bilion kepada hampir 3.6 juta penerima yang layak. Sehingga kini, pengkreditan telahpun dibuat sejak 28 Mei 2019 lagi.








 

 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge