Penjawat Awam Negeri Sarawak Terima Bonus Hari Raya RM500 23 Mei Ini

Menjelang Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut lebih kurang dua minggu lebih sahaja lagi, Kerajaan Negeri Sarawak telahpun mengumumkan untuk pemberian bonus kepada seluruh penjawat awam di negeri itu sebanyak RM500 yang akan dibayar pada minggu terakhir pada bulan Mei ini atau selewatnya pada 31 Mei ini.

Pejabat Ketua Menteri Sarawak memberitahu,  “Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk memberi bantuan khas kewangan tahun 2019 sebanyak RM500 kepada penjawat Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak termasuk kepada mereka yang masih berkhidmat sebelum atau pada 31 Mei 2019. Bantuan khas kewangan itu turut merangkumi badan berkanun negeri dan pihak berkuasa tempatan negeri,” katanya.

Bantuan khas tersebut juga diberikan bagi membuat persiapan menghadapi Perayaan Gawai Dayak yang akan disambut oleh masyarakat Dayak di negeri itu.








 

 

>
One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge