Penjawat Awam Dapat Bonus Hari Raya Aidilfitri Hari Ini 24 Mei 2019

Seperti yang dijanjikan pada 16 Mei 2019 yang lepas, Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumkan bahawa kerajaan akan memberi Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM450 kepada hampir 1.5 juta penjawat awam dari Gred 56 dan ke bawah sebagai persediaan untuk menyambut Aidilfitri.

Beliau juga mengumumkan seramai 800,000 pesara kerajaan akan turut menikmati bantuan khas tersebut berjumlah RM225 sebagai menghargai jasa perkhidmatan mereka.

Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat pada 24 Mei 2019. Perkara ini dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri Malaysia yang bertarikh 16 Mei 2019.

Minggu lalu, Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap kerajaan memberi bonus Aidilfitri kepada penjawat awam dan pesara, selain sudah menghantar surat kepada Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berhubung isu itu.

Diharapkan bantuan yang sedikit ini mampu untuk melegakan sedikit bebanan rakyat Malaysia menjelang Aidilfitri yang merupakan perayaan terbesar di Malaysia dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu dan bebanan hutang negara yang teruk yang ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu.








 

 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge