Masjid India Terbakar, 30 Gerai Musnah

Satu kebakaran berlaku kira-kira jam 1:30 pagi tadi yang mengakibatkan 30 gerai di Bazar Melayu Masjid India di Kuala Lumpur musnah dijilat api.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Titiwangsa, Penolong Penguasa Bomba Rahmat Kamaruzaman berkata, seramai 27 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Titiwangsa, BBP Jalan Hang Tuah, BBP Pudu, BBP Sentul dan Unit Forensik BBP Seri Rampai dikejar ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan jam 1.38 pagi.
“Operasi pemadaman api sedikit sukar berikutan ketika kejadian terdapat banyak kenderaan diparkir di sekeliling kawasan itu.

“Bagaimanapun, api berjaya dikawal sekitar jam 2 pagi dan dapat dipadamkan sepenuhnya jam 2.22 pagi,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini. Hasil siasatan mendapati kira-kira 30 lot gerai di bazar berkenaan musnah 100 peratus dalam kebakaran itu.

Namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.








 

 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge