Masjid di London Diserang Ketika Solat Tarawih

Sebuah masjid di Ilford, Timur London diserang penceroboh ketika solat tarawih dan melepaskan satu das tembakan malam tadi.  Polis mengesahkan tiada kecederaan yang dilaporkan.Laporan diterima pada pukul 10.45 malam pada hari Khamis, 9 Mei,  yang melaporkan bahawa seorang lelaki, yang dipercayai memiliki senjata api,  telah memasuki sebuah masjid di High Road, Seven Kings.

Susulan kejadian Masjid Seven Kings tersebut Polis London mengerahkan kesemua anggotanya bersiap siaga mengawal ketat masjid tersebut yang terletak di High Road, Ilford sepanjang malam. Menurut laporan media tempatan suspek menceroboh masjid dengan membawa senjata api tetapi berjaya dihalang oleh jemaah yang berada di dalam masjid. Ketika diiring keluar oleh jemaah masjid suspek telah melepaskan satu das tembakan.

>

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge