Kelebihan Isteri Berbadan Besar & Berisi Yang Perlu Anda Syukuri

Bila bercerita mengenai berat badan dan lemak berlebihan, kaum perempuan merupakan golongan yang amat sensitif bila kita berbicara mengenainya. Sehinggakan kaum lelaki menjadi keliru apakah definisi “gemuk” yang sebenar-benarnya bagi seorang wanita.

Jika anda memiliki seorang isteri yang sering membebel tentang berat badannya yang sudah bertambah, tidak menurun dan menjadi gemuk walaupun hakikatnya anda sendiri tidak pasti apakah definisi gemuk yang sebetulnya bagi mereka maka anda patut bersyukur kerana wanita berbadan besar dan berisi ini mempunyai kelebihan dan kecantikannya yang tersendiri!

Simbolik keibuan

Wanita berbadan besar dan berisi atau “chubby” merupakan simbolik kepada seorang ibu. Seorang ibu sudah pasti akan selalu berada disamping anak-anak mereka sejak lahir dan makanan pertama yang disuap ke dalam tubuh seorang bayi adalah nutrient dari ibu sejak dalam kandungan lagi!

Ini kontra dengan jika anda seorang isteri, simbolik seorang isteri adalah mempunyai bentuk badan yang diidami oleh kebanyakkan kaum wanita sendiri! Namun setelah anda melahirkan anak, percayalah anda tidak akan mampu mengulanginya lagi dan badan anda akan membesar. Jika ada pun anda perlu melaburkan ribuan ringgit untuk isteri anda kembali bergetah. Namun bergetah saja tidak menjamin kebahagiaan rumah tangga. Buktinya lihatlah betapa banyak kes penceraian artis dan ustaz-ustazah selebriti meskipun suaminya bertubuh sado dan isteri bergetah!




Menjadi tempat bermain anak-anak kecil

Tahukah anda memiliki tubuh badan yang besar dan berisi memberi keinginan dan keselesaan bagi seorang budak kecil untuk bermain hide and seek dengan anda? Mesti comel jika anda mempunyai anak kembar yang akan menyorok dibelakang badan ibunya yang besar tadi kan?

Menjadi bantal tidur yang nyaman

Wanita berbadan besar dan berisi sudah pasti mempunyai peha dan lengan yang lebar dan banyak lemak. Tahukan anda apa kelebihannya? Ia boleh dijadikan bantal tidur yang nyaman buat anak-anak anda. Bahkan ayah kepada anak-anak anda pun pasti akan tidur lena jika anda memberikan riba anda kepada mereka sebagai bantal tidur apa lagi bantal peluk.

Nampak lebih matang dan bijak

Wanita berbadan besar dan berisi nampak lebih matang dan bijak jika dibandingkan dengan ibu-ibu yang mempunyai bentuk badan persis Nora Danish mahupun Izara Aishah! Dan kebiasaannya lelaki yang bijak sudah tentu akan memilih anda untuk dijadikan isteri untuk disayangi!

Tak percaya? Mari sekali lagi kita ingat kembali betapa ramainya statistik artis atau selebriti mahupun ustaz ustazah selebriti yang bercerai berai hatta memiliki isteri persis bidadari syurga yang tersalah landing ke bumi! Ramai kan? Ya, dan sangat banyak.

Ada beza di antara seorang lelaki yang memilih anda untuk dijadikan isteri, dan seorang lelaki yang memilih anda untuk dijadikan isteri dan ibu buat anak-anaknya!

Ramai lelaki yang mahu mencari wanita untuk dijadikan calon isteri saja, namun tak terfikir untuk mencari wanita untuk dijadikan isteri dan ibu kepada anak-anaknya.

Akhirnya pada ketika bentuk badan si isteri yang ramping sewaktu beliau belum menjadi ibu telah bertukar menjadi berisi dan gemuk, lalu si suami menceraikan isterinya kerana ciri utama “bentuk badan langsing” pada seorang isteri tadi sudah hilang.

Setiap perkara yang dijadikan itu mempunyai maksud dan dicari hikmahnya yang tersembunyi. Namun badan yang gemuk berlebihan atau obesiti sudah tentu perlu dihindari kerana ianya sejenis penyakit yang pasti akan mengundang pelbagai penyakit-penyakit lainnya untuk bertandang.

Jom kongsi artikel ini pada isteri-isteri anda dan para wanita diluar sana agar yang mereka ini tahu diri mereka ini terlalu istimewa untuk disayangi. Jangan dilarang jika mereka ingin makan dan makan lagi dan lagi kerana itulah kegemaran mereka sejak azali dan pujilah kecantikan mereka setiap hari.








 

 

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge