Hukum Mimpi Basah Ketika Sedang Berpuasa

Berpuasa di bulan Ramadhan adalah merupakan rukun Islam yang ke-3. Firman Allah di dalam Al-Quran,

 يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ  لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

(Al-baqarah ayat 183) yang bermaksud “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa,” 

Dalam menjalani ibadah puasa ada beberapa perkara yang boleh mengakibatkan puasa anda terjejas. Bersetubuh di siang hari misalnya akan membatalkan puasa seseorang itu. Namun apakah pula hukum seseorang yang sedang tidur di siang hari lalu mimpi basah sehingga terkeluarnya air mani/sperma dari badannya?

Menurut Sheikhul Azhar, mantan mufti besar Mesir Sheikh Ali Jum’ah, seseorang yang sedang tidur di siang hari di bulan Ramadhan lalu dia mimpi basah tidak akan membatalkan puasa. Ini kerana hal tersebut terjadi secara tidak sengaja.

Menurut Majelis Tarjih dan Tajdid Pimpinan Pusat Muhammadiyah Indonesia pula, apabila orang yang sedang berpuasa dan bermimpi mengeluarkan sperma, maka puasanya tidak batal kerana terjadi secara tidak disengaja. Orang yang dalam keadaan tidur dibebaskan dari ketentuan hukum.

Hadis riwayat Ahmad dari ‘Aisyah menyebutkan, “Ada tiga golongan yang dibebaskan dari ketentuan hukum. Iaitu orang yang sedang tidur sebelum bangun, anak-anak sampai ia ihtilam (bermimpi tanda dewasa), dan orang gila sampai ia sembuh.”

Secara kesimpulannya, apabila air mani/sperma terkeluar dari badan orang yang berpuasa secara tidak sengaja iaitu melalui mimpi basah dimana seseorang itu dalam keadaan tidur/tidak sedar maka puasanya tetap sah dan tidak batal. Namun seseorang yang mengalami hal tersebut perlu segera mandi junub atau mandi hadas, dan kembali meneruskan puasanya hingga azan Magrib berkumandang.

Puasanya boleh diteruskan sampai waktu Magrib, dia tidak berkewajiban membayar hutang puasa. Orang berpuasa yang mengalami mimpi basah ketika tidur di siang hari tidak berdosa,” kata Sheikh Ali Jum’ah.





Namun sebaliknya jika air mani terkeluar di siang hari dengan sengaja iaitu melalui persetubuhan mahupun dengan tangan sendiri, sedang mereka mengetahui akan hal tersebut maka puasanya terbatal dan wajib bagi mereka untuk menggantikan puasa tersebut di luar bulan Ramadhan, dan wajib membayar kifarah.

Jom kongsikan di wall anda. Jangan lupa untuk like dan share fanpage kami dibawah sebagai sokongan anda untuk kami terus menulis dan memberikan pelbagai informasi terkini dan menarik hanya untuk anda. Selamat menjalani ibadah puasa!




>

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge