Dicerai Talak 3 Pada 3 Ramadhan, Ibu Tunggal Menang 3 Kes!

Ramai wanita di luar sana kurang faham dan kurang tahu apa hak mereka setelah diceraikan menyebabkan kehidupan mereka selepas penceraian menjadi susah dan tidak seindah yang disangka. Ramai mereka menggunakan konsep “Redha” tanpa mahu belajar dan tahu tentang hak-hak yang wajib dan telah ditetapkan oleh Allah SWT ke atas mereka.

Berbeza dengan kisah seorang ibu tunggal dari Kota Kinabalu ini, apabila beliau berjaya mendapat tuntutan nafkah daripada bekas suaminya setelah dua tahun turun naik mahkamah.

Nurul Asyikin Rafiee bersyukur penantian selama ini membuahkan hasil apabila kemenangan berpihak kepada beliau ke atas 3 kes tuntuan nafkah buat dirinya dan anak lelaki beliau, Zhafran Irfan.

 

Kalau tak belajar macam mana nak tahu kan ? Kepada wanita di luar sana jangan pernah malas untuk ambil tahu hak-hak anda yang sudah menjadi kewajiban anda.

Diceraikan talak 3 pada 3 Ramadhan 2017. Kes selesai setelah 2 tahun naik turun mahkamah dan bekas suami selalu tidak hadir ke mahkamah.

Bila Allah dah bagi hak-hak yang sepatutnya menjadi milik bekas isteri, jangan mengalah untuk menuntut. Banyakkan pembacaan tentang undang-undang syariah dan hak-hak wanita setepas bercerai.

Menang nafkah anak RM450 sebulan sehingga umur 18 tahun. Nafkah eddah RM500 untuk dirinya sendiri. Siapa takmahu duit? Tapi itu sudah menjadi kewajipan kan? Allah dah bagi.

Bekas suami diarahkan membayar RM20,440 nafkah mutaah. Dibayar lump sum atau RM300 sebulan! Wah bukan kaleng-kaleng ni. Botak kepala bekas suami dia tu konfirm!

Guys, jangan main-main the power of women ni guys, silap langkah masuk dalam korang nanti. Apa-apa pun kepada suami yang di luar sana, jaga lah amanah Allah yang diberikan sebaik-baiknya seperti mana kamu menjaga diri kamu sendiri.

Sumber : FB Nurul Asyikin Binti Rafiee

Jom kongsikan di wall anda. Jangan lupa untuk like dan share fanpage kami dibawah sebagai sokongan anda untuk kami terus menulis dan memberikan pelbagai informasi terkini dan menarik hanya untuk anda. Selamat menjalani ibadah puasa!




>

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge