Bonus Hari Raya & Bantuan Khas Aidilfitri Penjawat Awam 2019

Hari ini 9 Mei 2019 genaplah setahun Pakatan Harapan mengambil alih tampuk pemerintahan Malaysia. Jika pada tahun lalu kerajaan Barisan Nasional memberikan RM400 sebagai bonus penjawat awam bagi membuat persediaan meraikan hari kemenangan di bulan Syawal setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadhan.

Namun berdasarkan Belanjawan 2019 yang telah dibentangkan sebelum ini tidak pula disebutkan berkaitan bonus Hari raya bagi penjawat awam untuk tahun 2019 kali ini. Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berkata mereka akan mengutuskan surat kepada PM dan Menteri Kewangan bagi memohon rayuan pemberian bonus raya kepada 1.7 juta penjawat awam pada tahun ini.

Dibawah pemerintahan Barisan Nasional tahun lalu, kerajaan telah memberikan bantuan sebanyak RM400 kepada penjawat awam Gred 41 dan kebawah, dan RM200 untuk pesara kerajaan.

Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda berkata “kita akan suarakan kepada kerajaan dengan mengutus surat kepada PM (Perdana Menteri) dan Menteri Kewangan (Lim Guan Eng) supaya dalam mengharungi kos sara hidup yang semua orang tahu beban dan kesannya terhadap kewangan penjawat awam yang berada di mana-mana jua.

“Bukan sahaja membabitkan penjawat awam di bandar, malahan di luar bandar, dan kalau tidak dibantu (melalui bantuan khas Aidilfitri) mungkin terdapat dalam kalangan penjawat awam tidak dapat berhari raya kerana tidak mampu nak membeli baju raya untuk anak-anak dan sebagainya,” tambahnya lagi.

Jom share di wall anda. Jangan lupa untuk like dan share fanpage kami dibawah sebagai sokongan anda untuk kami terus menulis dan memberikan pelbagai informasi terkini dan menarik hanya untuk anda. Selamat menjalani ibadah puasa!









>
2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge