Berita Palsu Cristiano Ronaldo Derma 1.5 Juta Euro Kepada Palestin Sempena Ramadhan

Adakah Cristiano Ronaldo benar-benar mendermakan € 1.5 juta kepada rakyat Palestin sempena Ramadhan? Jawapannya tidak. Itu hanya berita palsu!

Entah mengapa berita palsu ini menjadi viral dan trending di dunia. Apakah umat Islam itu sendiri mudah tertipu dengan berita-berita indah walaupun hakikatnya palsu belaka ?

Sebagai peminat pasukan Portugal dan Real Madrid, saya amat teruja pada mulanya dengan berita ini. Sudah tentu mungkin kerana saya seorang Islam. Kisah ini boleh digunakan untuk dijadikan sebagai kajian kes dalam anatomi berita palsu,  bagaimana kisah ini berkembang, bagaimana ia menyebar, dan bagaimana ia akhirnya diterima secara tidak wajar sebagai fakta.

Pada tahun 2018, banyak juga berita di  media sosial mendakwa bahawa Ronaldo telah menyumbangkan jumlah wang yang banyak kepada mangsa banjir tragis di negeri Kerala, India, yang didakwa mengorbankan hampir 500 orang, namun, Ronaldo menafikan akan hal ini.

Pada tahun 2012, ada berita yang mendakwa bahawa Ronaldo telah melelongkan Golden Boot Eropah (diberikan kepada penjaring gol terbanyak dalam perlawanan liga dari bahagian atas setiap liga kebangsaan Eropah) untuk membantu anak-anak Palestin. Namun artikel pada berita yang dibincangkan di atas juga menyebutkan sumbangan tanpa mengutip apa-apa sumber, lantas memberikan tanggapan bahawa ini adalah auta. Malah, butiran derma ini juga masih tidak jelas, tidak disahkan atau ditolak oleh Ronaldo atau pasukannya. Pakistani Daily Times juga mendakwa bahawa ini juga merupakan berita palsu!








 

 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge