6 Perkara Tentang Filipina Yang Perlu Anda Tahu

Filipina merupakan negara yang terletak tidak jauh dari negara kita, Malaysia. Filipina termasuk juga dalam negara rumpun Melayu seperti Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei Darussalam. Malah suatu ketika dahulu hampir keseluruhan negara Filipina moden yang wujud pada hari ini pernah bernaung dibawah Kesultanan Melayu Brunei dan sebahagian daripadanya milik Kesultanan Sulu. Sebagai negara jiran, tidak salah untuk kita saling mengenali negara-negara jiran kita. Pada kali ini kami akan berkongsi enam perkara yang perlu anda tahu tentang Filipina.

  • Tidak mempunyai sempadan di darat

Sebagai sebuah negara kepulauan, Filipina antara negara yang tidak memiliki sempadan di darat. Negara ini hanya mempunyai sempadan maritim. Filipina adalah negara dengan jolokan negara seribu pulau diamana negera tersebut terdiri daripada 1741 buah pulau.

  • Fanatik tinju

Sebut sahaja nama Manny Pacquiao pasti tidak sedikit yang mengenalinya bahkan beliau antara peninju hebat yang pernah dihasilkan dari negara Asia! Sememangnya Filipina begitu fanatik dengan sukan tinju sejak dulu lagi maka tak hairan jika sukan lain seperti bolasepak tidak se-popular dari tinju dan bola keranjang.

  • Pengulangan kosa kata

Sebagai sebuah negara rumpun Melayu maka jangan terkejut jika anda terjumpa beberapa perkataan yang digandakan seperti nama kare-kare, halo-halo, ulit-ulit, gaya-gaya dan banyak lagi. Ini kerana dari sudut linguistik mereka juga masih termasuk dalam root yang sama dengan bahasa orang Melayu

  • Nama Filipina berasal dari Raja Sepanyol

Nama Filipina sendiri berasal dari Raja Philip II dari Sepanyol. Filipina dinisbahkan sebagai orang-orang Raja Philip. Pada 12 Februari 2019, terpapar di akhbar Filipina dan seluruh dunia bahawa Presiden Rodrigo Duterte mahu mencadangkan supaya nama Filipina ditukar kepada Maharlika, yang bermaksud “bangsa yang bebas” atau “merdeka”. 

  • Dijajah sebanyak tiga kali

Filipina dijajah selama 333 tahun oleh Sepanyol, 35 tahun oleh Amerika Syarikat dan 3 tahun dijajah oleh Jepun. Jika anda berkunjung ke negara Filipina anda akan mula perasan dari segi nama rakyatnya sehingga nama jalan dipengaruhi oleh kebudayaan Sepanyol. Jangan terkejut jika anda terjumpa seorang rakyat Filipina berwajah Melayu/Asia berkulit sawo matang memiliki nama seperti Cristiano Ronaldo mahupun David Luiz! Untuk pengetahuan anda, negara Timor Leste juga menerima pengaruh Portugis yang sangat kuat sehingga hari ini mereka masih boleh berbahasa Portugis walaupun mereka bukan keturunan nenek moyang Cristiano Ronaldo dari Portugal.

  • Negara Kristian pertama di Asia

Sepanyol & Portugal merupakan bangsa penjajah yang sangat cemerlang. Mana tidaknya, setelah menjajah Filipina yang pada asalnya dari sebuah negeri Melayu yang menganut agama Islam, kini majoriti warga Filipina telah menjadikan Kristian sebagai agama mereka. Raja Sulaiman, merupakan Raja terakhir yang yang memerintah Manila sebelum terkuburnya Kesultanan Islam di bumi Filipina. Kini, Filipina merupakan satu-satunya negara Kristian Katolik yang wujud di Asia.

Walaupun negara ini menerima pengaruh Sepanyol yang kuat, ini tidak menjadikan negara ini semaju negara Sepanyol di Eropah. Malah, ditengah-tengah Kota Manila masih terpalit 1001 penempatan orang-orang miskin yang masih mampu bertahan untuk hidup di ibu kota.

Demikianlah 6 perkara yang menarik perlu anda tahu tentang negara Filipina. Sila like dan kongsikan facebook fanpage kami di wall anda agar kami terus menulis untuk memberikan anda pelbagai informasi dan fakta-fakta menarik yang ada di sekeliling anda.

4 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge