6 Jenis Mercun Yang Buat Korang Rindu Sambut Raya Zaman Kanak-kanak

Alhamdulillah tiba juga Ramadhan 2019 kali ini bersamaan 6 Mei 2019. Sempena Hari Raya yang bakal tiba nanti, kami nak kongsikan beberapa momen yang korang mesti pernah buat zaman kanak-kanak korang yang akan buat korang rindu nak buat lagi. Tak Melayu lah kalau raya tak pakai Baju Melayu & main mercun kan? So disini kami nak kongsikan 6 jenis mercun yang wajib ada atau hampir semua anak-anak Melayu pernah main sewaktu menyambut kedatangan Syawal.

1. Mercun Pop-pop


Tipu lah kalau korang tak pernah main mercun ni time kecik kan? Dan mercun pertama yang korang berani nak main adalah mercun pop-pop atau mercun bawang. Ye lah, masa tu korang budak-budak lagi mak tak kasi main dengan api. So mak bapak korang pun beli lah mercun bawang tu dan korang boleh baling kat kepala adik korang kan? Seronok?

2. Mercun Papan/padi


Setelah umur korang meningkat sedikit korang pun dah jemu asyik main mercun pop-pop tu. Tak adventure langsung so korang pun request kat mak bapak korang beli mercun padi yang harga RM2.50 sekotak tu. Yang nakal sikit tu boleh curi-curi beli dari member-member yang ada kabel untuk dapatkan mercun padi tu. Maklumlah korang kan kecik lagi waktu tu. Dah dapat sekotak mercun padi/papan tadi korang akan leraikan setiap satu sebab nak jimat. Pernah buat tak? Dan jagan lupa beli ubat nyamuk untuk  bakar mercun padi tu nanti. 😀

3. Mercun mancis


Mercun ni level dia tinggi sedikit dari mercun papan/padi tadi. Mercun ni agak mahal dari mercun padi jadi siapa-siapa yang mampu main mercun mancis ni dia dikira legend juga lah. Kelebihan mercun ni dari mercun papan/padi tadi adalah ia boleh meletup walaupun korang baling mercun ni dalam parit. Kebabommm!! tersembur air parit kat member korang kalau korang baling mercun ni dalam longkang tempat dia lepak. Habis lencun baju dengan air longkang. Cara main mercun ni korang perlu geselkan kepala mercun di pada kotak sepertimana korang nyalakan mancis kotak.




4. Mercun roket


Mercun ni special sikit sebab harga lebih mahal dari mercun mancis tadi. Satu kelebihan ketara yang ada pada mercun ni ialah mercun ni meletup di udara. Sebelum ia meletup, ia akan terbang menjulang tinggi dalam beberapa saat sebelum ia meletup. Paling dajjal bila korang bakar mercun ni secara mendatar dengan menaiki motosikal modenas kriss bapak korang. Acah-acah jet pejuang nak tembah member kat depan kan?

5. Mercun bola/bom


Mercun ni dimainkan oleh geng remaja yang baru nak angkat bujang biasanya. Mercun ni kelebihannya ialah mengeluarkan bunyi dentuman yang kuat seakan-akan bumi letupan bom C4. Jadi tak hairan lah orang pannggil mercun ni mercun bom. Dan ada orang panggil mercun bola sebab ia berbentuk sebiji bola kecil yang bulat.

 

6. Meriam buluh


Tidak perlu diperkenalkan lagi, hanya yang legend pernah main mercun jenis ini. Sebenarnya ianya bukanlah sejenis mercun tapi ia mampu mengeluarkan bunyi dentuman paling kuat sehingga ke kampung sebelah. Mercun jenis ini tidak dijual dimana-mana kedai dan ianya adalah hasil kreativiti anak-anak Melayu sejak zaman berzaman lagi.

Kebiasaannya di kampung admin budak-budak akan main meriam buluh ni selepas terawih dan sewaktu nak sahur. Mungkin juga ini inovasi baru dizaman mereka untuk mengejutkan orang kampung untuk bersahur selain menggunakan beduk di masjid. Paling seronok jika ada dua blok geng budak nakal yang berlawan meriam siapa paling kuat bunyi. Memang terasa seperti di medan perang!






Demikianlah enam jenis mercun yang sinonim dengan anak-anak Melayu Malaysia sehingga ke hari ini. Namun seiring berjalannya waktu sudah jarang anak-anak Melayu sekarang rajin ke hutan untuk mencari buluh untuk dijadikan meriam.

Ada lagi mercun rare selain dinyatakan di atas yang korang suka main? Jom share di wall anda. Jangan lupa untuk like dan share fanpage kami dibawah sebagai  sokongan anda untuk kami terus menulis dan memberikan pelbagai informasi terkini dan menarik hanya untuk anda. Selamat menjalani ibadah puasa!

>
One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge