Tahukah Anda Lima Negara Paling Kecil Di Dunia?

Pernahkah anda terfikir berapakah jumlah negara yang ada di dunia? Bagaimana pula tentang negara yang paling kecil dan terpencil dalam dunia? Kali ini kita akan berkongsi tentang lima negara paling kecil dan terpencil di dunia yang mungkin anda sendiri tidak pernah dengar!

Dari 195 negara yang ada di dunia, terdapat 5 negara yang paling kecil di antara negara yang paling kecil yang pernah anda dengar seperti Singapura & Brunei Darussalam!

Berikut adalah 5 turutan negara paling kecil yang wujud dalam dunia.

5. Nauru

Dikenali sebagai Republik Nauru, negara yang terletak di benua ocenia di pasifik tengah. Negara ini mempunyai keluasan hanya 21 km persegi! Beerti jika anda ingin menjelajah negara ini, anda hanya memerlukan sekitar 2 jam  sahaja untuk mengelilinginya! Ibarat anda pergi ke Batu Pahat dari Pekan Parit Raja sebnyak 3 kali dengan jumlah penduduknya hanya sekitar 10 ribu orang.

4. Monaco

Cuba anda teka berapa keluasan negara Monaco? Pasti anda terkejut jika keluasan negara ini hanya 2.02 km persegi! Keluasan negara ini menjadikannya negara ke-2 paling kecil di dunia. Monaco terletak di eropah barat, bersempadan dengan Perancis. Walaupun negara ini berstatus negara berdaulat namun untuk urusan pertahanan negara ini adalah dibawah tanggungjawab Perancis. Jika anda berkunjung ke negara ini anda hanya memerlukan masa sekurangnya 16000 langkah kaki bagi mengelilingi negara ini. Menarik bukan?

3. Vatican 

Negara Vatican atau nama rasminya Kota Vatican atau dalam Bahasa Latinnya Civitas Vaticana mempunyai tembok yang mengelilingi negaranya. Negara ini teletak di tengah bandar Rom di Itali. Kota Vatican mempunyai keluasan hanya 44 hektar sahaja dengan jumlah penduduk sekitar 842 orang (1.877 km persegi). Anda hanya perlu berjogging selama 22 minit untuk mengelilingi negara ini.

4.  Liberland

Republik Liberland terletak di antara Croatia dan Serbia. Ia mempunyai keluasan 7 km persegi. Sejarah awalnya negara ini terbentuk akibat tiada pihak yang mahu menuntut wilayah tersebut semenjak perang Serbia dan Croatia. Tak hairanlah jika ada yang mengambil kesempatan untuk menjadi pemimpin dan sekaligus membina negara kecil ini. Presiden bagi negara ini adalah Vit Jedlicka dan didirikan pada 13 April 2015 oleh presidennya sendiri. Kelakar kan? Mungkin anda hanya memerlukan masa 10 minit menaiki Perodua Kancil untuk mengelilingi negara ini dengan kelajuan 60km sejam.

5. Sealand

Seland merupakan sebuah negara yang terletak di atas HM Fort Roughs iaitu sebuah pangkalan era Perang Dunia Kedua, di Laut Utara, 10 km (6 batu) dari pantai Suffolk, England. Pihak Sealand mendakwa kawasan ini sebagai kawasan perairan wilayah mereka dengan menggunakan radius 12 batu nautika (mengikut Konvensyen Undang Undang Laut PBB).

Bilangan penduduk di negara ini tidak sampai sepuluh orang dan keluasannya hanya 550m persegi! Tuntutan Sealand terhadap kedaulatan dan kesahannya tidak diiktiraf oleh mana-mana negara, tetapi kadangkala dikemukakan sebagai kajian kes dalam perbahasan tentang bagaimana pelbagai prinsip undang-undang antarabangsa boleh diaplikasikan dalam sebuah penuntutan wilayah. Sehingga kini tidak diketahui siapa pemimpin dan parti politik yang wujud dalam negara ini. Fuhh!

Cukup lima negara ini yang kami kongsikan kepada anda. Untuk mendapatkan artikel menarik yang lebih pantas sila like fanpage kami !

 

>
One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge