Shuk Dinobat Sebagai Juara Bintang Bersama Bintang 2019

Shuk Sahar, 33 atau nama sebenarnya Mohammed Sahar dinobatkan sebagai juara Bintang Bersama Bintang musim 2019 kali ini. Beliau dilihat bijak menggunakan peluang apabila kehangatan drama Nur 2 yang sedang meletup di TV3 baru-baru ini digunakan sebagai jalan cerita komedinya.

Shuk membawa watak Adam dalam persembahan komedinya yang bergandingan dengan Jihan Muse sebagai Nur dan Azhan Rani sebagai watak Ustaz Syed Hamidi. Kemenangan tersebut menyaksikan  beliau menewaskan  empat pelawak lain iaitu Achey atau Nasir Hamzah, 33, Sharif Kadir Doli Shatif (Sharif 29), Mohamad Ikhtiarudin Naina Mohamad (Mamak Puteh, 34) dan Mohd Azwan Sabri (Chiwan, 33)

Program Bintang Bersama Bintang 2019 disiarkan selama 8 minggu di TV3 dengan kesemua perserta bertanding kali ini pernah menang RM10000 setiap minggu.

Antara selebriti yang menjadi tetamu undangan pada kali ini di kemuncak Super BBB 2019 ialah Datuk Afdlin Shauki, Fikry Ibrahim, Heliza Helmi dan Black Hanifah.

Sebagai juara, Shuk membawa pulang wang sebanyak RM100000 sebagai hadiah kemenangan bagi pogram Bintang Bersama Bintang 2019. Jangan lupa untuk like fanpage kami dibawah ini untuk mendapatkan lebih banyak cerita panas dan sensasi terkini hanya untuk anda!



>
One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge