Semakan Tawaran Ke Tingkatan 6 Tahun 2019

Pelajar lepasan SPM 2018 yang lalu boleh menggetahui sama ada mereka ditawarkan ke tingkatan enam (6) bagi sesi 2019/2020 melalui pautan berikut : Semak Tawaran Kemasukan Ke Tingakatn 6 

Tarikh semakan tawaran ke Tingkatan 6 dibuka bermula 16 April 2019 sehingga 17 Mei 2019. Pelajar juga boleh menyemak keputusan tawaran ke tingkatan enam ini melalui SMS seperti berikut :

Taip: MOE<jarak>T6<jarak>No Kad Pengenalan dan hantar ke 15888

Taip: MOE<jarak>T6<jarak>Angka Giliran dan hantar ke 15888

Pelajar yang layak anda diminta untuk mencetak surat tawaran dan membawa surat tawaran tersebut semasa hari pendaftaran yang ditetapkan pada 2 Mei 2019. Pelajar lepasan SPM 2018 yang mencukupi syarat ke tingkatan enam bagi tahun 2019 tidak perlu mengemukakan permohonan secara individu sebaliknya akan layak dan ditawarkan secara automatik.

Bagi pelajar yang tidak mendpaat tawaran untuk ambilan pertama ke tingkatan 6, pelajar boleh membuat rayuan dengan mengisi Borang Permohonan Rayuan.

>
One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge