Rapid Pengerang Terbakar – Petronas

Kota Tinggi. Sebuah kilang petrokimia bagi pembangunan hab industri minyak dan gas penapis di Pengerang Johor dilaporkan terbakar kira-kira jam 1:25 pagi tadi, Jumaat 12 April 2019.

Pihak Petronas telahpun mengesahkan kejadian tersebut dimana ianya berlaku pada jam 1:25 pagi di Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) Pengerang.

Sebuah video tular di media sosial sempat dirakam oleh warganet. Letupan tersebut menyebabkan gegaran dapat dirasai sehingga ke Pasir Gudang.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superitenden Ashmon Bajah berkata kejadian itu dilaporkan berlaku pada jam 1:25 pagi.

“Setakat ini disahkan dua pekerja warga tempatan mengalami kecederaan ringan dan dihantar bagi mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di Pusat Kecemasan Perubatan RAPID.

>

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge