Pukki Pemain Bolasepak Terbaik Liga Kejuaraan

Teemu Pukki, pemain kebangsaan Finland dan juga pemain yang menjarung jersi Kelab Norwich City tersebut diiktiraf pemain bolasepak terbaik liga kejuaraan Inggeris musim ini.

Teemu Pukki menjadi tonggak paling menyerlah dalam kempen sehingga mampu membawa kelab terbabit melonjak ke tangga teratas Liga Kejuaraan dan kian hampir beraksi dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan.

Beliau mengatasi pemain Sheffield United, Billy Sharp dan Che Adams dari kelab Birmingham City untuk meraih anugerah itu, semalam.

Beliau berkata: “Ia satu penghormatan untuk memenangi anugerah ini. Saya benar-benar gembira dengan pengiktirafan ini.”

>

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge