PU Abu Menyesal Ceraikan Isteri Ketika Hamil

PU Abu Sufyan (Muhammad Abu Sufyan Bin Mohd Mokhtar Rozaidi) akhirnya bersuara setelah diasak dengan pelbagai persoalan dan kecaman juga makian daripada netizen akibat tindakan beliau menceraikan isteri beliau yang sedang mengandungkan anak sulung beliau. Sewaktu usia pernikahan mereka baru mencecah 2 bulan lebih, mahligai yang dibina atas dasar cinta antara mereka kini sudah hancur berkecai dek kerana mengejar cinta si janda anak satu yang juga merupakan crush PU Abu  suatu ketika dahulu.

Terbaru dalam akaun instagram milik beliau merakamkan kekesalan dan rasa berslaah atas tindakan teruburu beliau menceraikan isteri beliau, Ain Afini 22 tahun. Beliau yang kini berada di Madinah atas urusan kerja, mengaku menyesali perbuatan dan ketelanjuran yang dilakukannya.

Pun begitu,  status tersebut telah dipadam selepas 1 jam dimuat naik di Instagram. Sebelum ini, bekas isterinya yang sedang hamil 7 bulan, Ain Afini mendedahkan dirinya telah diceraikan oleh suaminya kerana ingin berkahwin dengan seorang janda anak satu.

Maka ramai-ramai lah geng-geng PU akan muncul untuk membackup sahabat mereka yang seorang ini sambil mencari sesuap followers. Semoga ada lah utusan atau surat-surat cinta dari sahabat Pencetus Ummah @ Dai Millenia kepada Abu Sufyan ni. Admin doalan semoga ada jalan yang terbaik bagi memenangkan kedua-dua belah pihak.

“Abang bersalah ceraikan Ain…maafkan abang ye sayang.”

Sila like fanpage kami dibawah untuk mendapatkan lebih banyak berita panas dan sensasi hanya untuk anda!

>
3 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge