Piya Angkat Kaki Lagi?

Tidak sampai 90 minit bermain untuk pasukan Kelantan, Piya hari ini mengundur diri dari pasukan tersebut ekoran keputusan pengurus Kelantan FA untuk mengkaji semula kontrak dan gaji beliau bersama beberapa pemain termasuk jurulatih Marko Kraljevic.

Ini susulan kemelut gaji yang melanda pasukan Kelantan baru-baru ini.

Beliau yang telahpun menyerahkan surat pengunduran diri kepada KAFA kira-kira pukul 3:15 petang tadi berkata, sejak perpindahan dari Perlis perjalanannya karier sepanjang di Kelantan FA tidak seperti yang diharapkan.

Lebih baik saya mengundur diri lebih awal daripada pasukan Kelantan sebelum aoa-apa berlaku.

Nampak gayanya makan megi lagi lah Piya selepas ini ya. Apa-apa pun, inilah lumrah dalam bolasepak.

Semoga berjaya, Kapten. Bermain demi lencana di dada.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge