Menulis Blog Dari Hobi Menjadi Komitmen?

Menulis blog bukan hanya mampu memberikan pendapatan sampingan yang lumayan malah menulis blog mampu memberikan anda kepuasan sekiranya anda seorang yang gemar menulis. Menulis blog juga mampu mengasah bakat yang selama ini terperam di dalam jiwa anda.

Namun pada satu saat sebagai seorang blogger personal, pasti ada ketika dimana anda kekurangan idea untuk menulis. Lebih parah lagi bila anda sudah tidak ada masa untuk menulis akibat kekangan masa di tempat kerja anda, ataupun anda mempunyai komitmen lain yang lebih mustahak dari menulis blog.

Perjalanan blog encikhafiz bermula sejak 2008 lagi sewaktu di bangku sekolah. Pada waktu itu menulis blog masih lagi baru dan trending. Malah ada dalam kalangan kita yang sudahpun membuka agensi pengiklanan dan berjaya hingga ke saat ini hasil daripada kerja keras selama beberapa tahun. Pendek kata, mereka sudah maju selangkah kehadapan dengan menjadikan blogging sebagai sumber pendapatan utama.

Mungkin mereka jarang menulis di blog peribadi namun percayalah mereka sudahpun mempunyai organisasi tersusun yang mempunyai setiap tugas hakiki demi sesuap nasi bagi meneruskan kelangsungan hidup.

Tidak sedikit pula mereka yang beralih arah setelah mendapat pekerjaan yang selari dengan kelayakan mereka. Ada juga yang sudah pencen buat selamanya.

Saya sendiri acap kali terlupa untuk memperbaharui domain dan webhosting blog personal saya dek komitmen lain yang lebih penting dalam hidup saya. Sehinggakan domain tersebut sudah tidak mampu untuk saya perbaharui kerana sudah tamat tempoh untuk saya memperbaharuinya kembali. Sehinggakan memaksa saya untuk membeli domain baru kerana saya sayang untuk melepaskan segala tulisan yang saya catat di dalam server internet yang mungkin masih boleh diakses hingga ke akhir hayat saya nanti.

Buat mereka yang punya blog personal yang sudah berusia (blog tua) adakah anda masih menulis di blog personal anda hingga ke hari ini? Atau apakah anda sudah mempunyai syarikat/agensi/social media/ atau dalam bahasa mudahnya mengembangkan bakat penulisan anda ke arah yang lebih tinggi sehingga anda kekurangan masa untuk menulis di blog personal anda lagi?

Jika anda masih disitu, tahniah. Anda mungkin seorang penulis yang hebat dan anda sememangnya layak mempunyai hobi menulis. Jika anda sudah beralih arah mengembangkan penulisan anda ke tahap yang lebih tinggi, tahniah juga kerana anda mempunyai otak business oriented. Siapa pun anda, menulislah dengan penuh rasa tanggungjawab dan etika agar setiap sen yang anda dapat mempunyai berkat untuk kita sama-sama membangun keluarga tercinta.

Saya masih diberi kesempatan untuk menulis di blog peribadi saya yang ini. Blog ini perlu saya ingat untuk saya kenang selamanya. Kerana disini lah bermulanya ilham saya menjadi pemburu USD dan menjadi freelance membuat website serta pernah menjadi pengajar di kelas-kelas bina website yang pernah saya buat sewaktu zaman degree. Seribu kejayaan yang besar harus bermula dari satu langkah kecil yang dinamakan “kesedaran”.

>
2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge