Kepentingan Menguasai Bahasa Asing

Era globalisasi dan urbanisasi yang kita hadapi kini memerlukan kita untuk menguasai pelbagai bidang bagi memenuhi peluang pekerjaan di luar sana. Salah satu penguasaan yang wajib ada pada masa kini adalah penguasaan Bahasa Inggeris dan Bahasa Asing sebagai tambahan menempuh kehidupan yang semakin mencabar kini.

Pada ruangan kali ini saya ingin berkongsi kisah bagaimana kehidupan saya berubah menjadi  seorang pelajar master full-time menjadi seorang pelajar & pekerja fulltime dalam bidang IT. Bunyinya agak sedikit aneh tapi begitulah hakikat sebenar yang saya lalui dan ianya akan dikenang ke akhir hayat.

Bekerja secara fulltime dan juga menjadi pelajar post-graduate secara fulltime (coarsework) bukan sesuatu yang mudah untuk diaplikasikan dalam kehidupan seseorang. Saya bersyukur kerana dipilih untuk menjalani pengalaman yang sangat menarik lagi memenatkan itu walaupun pernah hampir terkandas satu paper sewaktu peperiksaan akhir.

Kisahnya bermula setelah dua semester menjalani kuliah master seperti pelajar lain di universiti awam di Selangor, sebuah syarikat IT yang berpusat di France menghubungi saya untuk ditemubual (sesi interview pertama melalui phone) bagi mengisi kekosongan di cawangan syarikat mereka di Cyberjaya Malaysia. Berdasarkan nombor telefon ternyata beliau bukan dari negara Malaysia dan loghat Bahasa Inggeris beliau agak sulit untuk difahami namun saya sedaya upaya untuk menangkap setiap patah perkataan yang beliau lontarkan. Beliau memberitahu saya bahawa beliau telah melihat resume saya pada website mencari pekerjaan Monster & Jobstreet padahal sudah setahun lebih saya tidak kemaskini detail saya di website tersebut. Aneh kan? Tapi itulah namanya rezeki yang tak pernah salah alamat.

Pada permulaannya saya agak terkejut kerana belum terdetik untuk mencari pekerjaan apa lagi untuk memohon untuk bekerja di syarikat tersebut! Pada ketika itu sesi temubual (interview) dengan beliau saya menganggapnya sekadar satu interview yang tidak serius dan sekadar melayan penemubual yang menghubungi saya, kerana ingin menghormati beliau. Ianya juga adalah sebatas dari skop pekerjaan beliau.

Setelah sebulan sesi interview berlalu akhirnya saya dijemput untuk menghadiri sesi interview dan ujian kali kedua di cawangan mereka di Cyberjaya. Saya pergi dan kali ini ingin lebih serius untuk test-power (mencuba nasib). Alangkah terkejutnya saya lulus apabila diberitahu bahawa saya telah lulus sesi interview dan ujian pada hari tersebut! Antara ujian yang diberikan adalah ujian Bahasa Inggeris, Bahasa Indonesia dan juga ujian mengenai asas sistem komputer dan teknologi masa kini.

Akhirnya saya diberikan surat tawaran untuk bekerja bersama mereka. Mengenai kuliah master saya pula, ianya masih saya hadiri seperti biasa kerana saya boleh memilih untuk menghadiri kelas pada sebelah petang sehingga malam selepas selesai bekerja pada siang hari. Begitu lah istimewanya jika anda menguasai Bahasa Asing, iaitu Inggeris dan Bahasa tambahan seperti Mandarin, Jepun, Korea dan beberapa bahasa utama dunia yang lain.

Bagi saya sendiri, skop kerja saya adalah berurusan dengan pekerja Indonesia dan ekspatriat Eropah yang bekerja di Indonesia maka memerlukan saya untuk menguasai kedua-dua bahasa tersebut.

Untuk menjadi umat yang kedepan, kita harus menguasai bahasa utama dunia. Tidak hanya terhad dengan Bahasa Inggeris malah menguasai satu bahasa dari Bahasa Utama dunia seperti Mandarin, Jepun, Korea adalah satu bonus untuk anda dalam mencari pekerjaan. Sehingga artikel ini disiapkan saya masih berstatus pelajar master sepenuh masa yang bekerja pada siang hari dan masuk kelas pada malam harinya. Untuk bekerja fulltime sambil menjadi pelajar fulltime juga memerlukan anda bijak mencari peluang dan ruang masa agar anda tidak terhenti separuh jalan dan juga satu cabaran yang sangat memenatkan namun seronok! Bagaimana cara saya mengurus masa untuk master penulis akan dituliskan pada artikel akan datang.

Bahasa adalah jendela untuk melihat dunia lebih luas.

>

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge