Bosan Keluarkan Smartphone, Xiaomi Keluarkan Kenderaan SUV Pertama

Mungkin sudah bosan dengan pasaran Smartphone maka Xiaomi kini telah melancarkan Kereta Xiaomi Redmi sendiri, iaitu versi SUV Bestune T77. Kereta baru ini akan dipasarkan dengan harga 89,800 Yuan atau 13,400 USD.

Jika ditukar dengan kadar Ringgit ianya bersamaan dengan RM55133.82.  Xiaomi kini dengan jelas tidak mahu hanya berfokuskan produk elektronik semata-mata dan mahu melebarkan lagi perniagaan mereka dengan menceburi bidang otomotif.

Namun Xiaomi tidak hanya membangunkan kenderaan ini keseorangan kerana Xiaomi telahpun membina kerjasama dengan syrikat otomotif tempatan China iaitu Bestune dan ianya bukan sepenuhnya direka oleh Xiaomi sendiri.

SUV Bestune T77 adalah kereta Xiaomi Redmi yang diperkenalkan pada 3 April, menjadikan Xiomi lebih daripada sekadar sebuah syarikat mudah alih. Xiaomi pada permulaan tahun 2019 mengumumkan bahawa mereka akan memperluaskan rangkaian produk mereka. Dan kereta ini sememangnya salah satu produk terbaik untuk produk Xiaomi.

Bestune T77 akan tersedia dalam 6 model yang berbeza dengan model high spec adalah pada 134,000 Yuan atau kira-kira 19,980 USD atau bersamaan RM82,270.

4 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge