6 Perkara Tentang Bangladesh Yang Perlu Anda Tahu

Sebut sahaja Bangladesh, rata-rata dari kita sudah mengetahui kewujudan negara tersebut apatah lagi berjumpa dan terserempak dengan warganegara Bangladesh yang datang merantau mencari rezeki demi sesuap nasi di disini. Tak hanya terkenal dengan bau bawang, ada beberapa fakta yang perlu anda tahu tentang negara ini.

Disini kami ingin kongsikan enam perkara yang perlu anda tahu tentang negara Bangladesh untuk menambah pengetahuan am kita semua.

Pemerdagangan manusia

Bangladesh terkenal dengan jolokan negara pemerdagangan manusia terbesar di dunia. Siapa sangka di negara ini menjual manusia itu adalah permandangan biasa yang termasuk dari sisi gelap negara tersebut. Dari anak kecil hingga anak gadis, anda boleh membelinya dengan harga yang murah. Bahkan atas kesempitan hidup dan kemiskinan terlampau ada juga sang ayah yang menjual anak-anak dan isteri mereka dengan rela hati! Difahamkan seorang gadis yang masih perawan mampu dibeli dengan harga RM920 sahaja! Anda boleh membeli mereka untuk dijadikan kuli di kilang-kilang, di rumah, di kebun mahupun dijadikan sebagai isteri. Maka tak hairan juga sekiranya ramai warga Bangladesh sering dipergunakan oleh sindiket agensi pencari pekerjaan haram seluruh negara. Justeru ini mampu menyumbang kepada masalah pendatang asing tanpa izin yang dihadapai oleh negara kita.

Tarif pelacuran paling murah di dunia  

Pelacuran merupakan pekerjaan yang paling tua di dunia. Tak kira apa pun nama negara anda, pelacuran pasti berlaku. Namun yang menjadi keunikan terhadap Bangladesh ini adalah kerana tarif pelacurannya yang murah bahkan boleh dikatakan paling murah di dunia. Atas desakan hidup yang semakin mencabar dengan jumlah penduduk yang terlalu ramai menyebabkan ada dari kalangan ibu bapa dan golongan suami yang dengan rela melacurkan isteri dan anak perempuan mereka demi meneruskan kehidupan di bumi.

Negara paling muram di dunia

Anda tidak akan disambut dengan bahagia sewaktu anda tiba di negara mereka. Ini kerana sudah menjadi tradisi mereka untuk tidak senyum dengan anda dan menganggap itu tidak wajar dilakukan dan simbolik kepada ketidakdewasaan mereka. Jika anda mahu berkunjung kesana, mungkin anda perlukan sahabat-sahabat tabligh yang tinggal disana untuk menjemput anda dengan penuh senyuman manis dan keterbukaan untuk memuliakan anda sebagai tetamu. Jika tidak, jangan berharap sangat!

Penduduk paling ramai di dunia

Tahukan anda jumlah penduduk Bangladesh adalah lebih besar dan lebih ramai dari jumlah penduduk Rusia?Dengan keluasan negara Bangladesh hanya 147000 km per segi, Bangladesh mempunyai kepadatan penduduk seramai 162 juta orang! Jumlah ini lebih besar dari jumlah penduduk Rusia yang hanya 147 juta orang dengan total keluasan negara Rusia adalah 17 juta km per segi! Bayangkan bagaimana sesaknya keadaan di negara mereka dengan kadar kelahiran yang tinggi dicatatkan setiap hari!

Negara bencana

Saban tahun pasti kedengaran bencana alam yang menimpa bumi Bangladesh. Dari musim banjir hingga musim panas, bencana alam sering sahaja melanda negara tersebut.

Sebahagian dari Pakistan

Bangladesh dahulunya pernah bernaung dibawah pentadbiran kerajaan Republik Islam Pakistan pada tahun 1947 dengan nama Pakistan Timur atau East Bengal sehinggalah mendapat kemerdekaan pada Disember 1971. Jika dilihat dari segi geografi Pakistan dan Bangladesh, kedua negara ini terletak agak jauh antara satu sama lain dan masing-masing diapit oleh negara India di tengah-tengah.

Terima kasih atas kelapangan anda membaca artikel dari blog ini dan jangan lupa untuk like dan share fanpage kami seperti yang disediakan dibawah. Klik like dan share ya!

 

>
One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge