5 Selebriti Cantik Yang Murtad Demi Cinta

Tahukah anda disebalik wajah yang cantik dan indah persis bidadari turun kebumi tersimpan 1001 kisah hidup yang mungkin tak didendangkan pada umum? Salah satu nikmat tuhan yang dipinjamkan kepada umat manusia adalah nikmat cinta. Cinta bukan sahaja mampu merubah hati gundah jadi indah, bunga layu menjadi segar malah demi indahnya cinta manusia mampu merubah agama.

Berikut kami senaraikan 10 selebriti cantik manis yang terkenal dengan filem-filem yang pernah menjadi fenomena di negara rumpun Melayu yang kini menjalani kehidupannya yang semakin kelam. Ditelan pahitnya kenyataan kerana tak sedikit yang mampu menerima kehidupan mereka kembali setelah keluar dari agama yang dianuti berkurun lamanya.

1. Asmirandah

Bekas kekasih Dude Harlino ini pada awalnya menganut agama Islam. Setelah menikah dengan Jonas beliau merubah keyakinannya dari seorang Islam menjadi seorang Kristian. Asmirandah terkenal dengan filem Dalam Mihrab Cinta yang dilakonkannya sebagai watak Silvie.

2. Rianti Cartwright

Siapa yang tidak kenal dengan filem Ayat-ayat Cinta yang pernah menjadi fenomena di negara rumpun Melayu seperti Indonesia, Malaysia, Brunei bahkan Singapura? Rianti Cartwright, memegang watak sebagai Aisha isteri kepada Fahri di dalam filem Ayat-ayat Cinta ini dalam diam menukar pegangan agamanya dari Islam kepada Kristian dan menikah dengan suaminya. Rianti kini tinggal di Amerika Syarikat bersama suaminya.

3. Bunga Zainal

Artis cantik seindah namanya ini telah menukar kepercayaan agamanya kepada Hindu.Beliau memilih untuk menganuti agama Hindu yang dianuti oleh suaminya Produser Sukhdev Singh.

4. Nafa Urbach

Pada awalnya Nafa Urbach memang seorang yang percaya dengan agama Kristian. Setelah menjalinkan cinta dengan Primus Yustisio yang beragama Islam, lalu Nafa Urbach pun ikut turut menganutinya. Tapi sayang percintaan mereka tak seutuh yang disangka. Setelah hubungan mereka berakhir Nafa Urbach menjalinkan hubungan cinta dengan Zack Lee dan akhirnya beliau kembali menjadi seorang Kristian. Hmmm boleh pulak buat u-turn ya. Namun Nafa mengakui beliau kini lebih tenang dan damai bersama agama Kristian.

 

5. Lukman Sardi

Lukman Sari mencipta nama di Malaysia setelah filem Laskar Pelangi mendapat sambutan di Malaysia suatu ketika dulu. Beliau yang memegang watak Ikal itu mengambil keputusan untuk berpindah dari agama Islam menjadi seorang Kristian mengaku mempercayai Yesus Kristus seawal 2009 lagi dan akhirnya dengan rasmi memeluk agama Kristian pada tahun 2015. Lukman Sardi mengaku keputusan beliau untuk murtad bukan mengejar cinta manusiawi namun mempercayai Yesus Kristus dari hati dan mahu mencintainya dengan tulus.

 

Terima kasih telah membaca artikel kami. Jangan lupa untuk like fanpage kami dibawah ini untuk mendapatkan lebih banyak cerita panas dan sensasi terkini hanya untuk anda!

 

>
2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge