Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal Review

Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal

Sejak awal kemunculan movie ini sudah ramai netizen yang memperkatakan harapan yang tinggi mereka terhadap filem tersebut. Filem Upin & Ipin : Keris Siamang Tungal atau dalam Bahasa Inggerisnya Upin & Ipin : The Lone Gibbon Kris ternyata tidak menghampakan mereka yang telah menontonnya malah ada dalam kalangan mereka menontonya lebih dari sekali bersama-sama keluarga dan rakan-rakan mereka.

Menurut akaun instagram rasmi krew produksi Upin & Ipin mereka sempat merakamkan setinggi penghargaan kepada penonton sejak hari pertama tanyangan filem tersebut yang telahpun mencecah kutipan sebanyak RM5.3 juta selepas 4 hari ditayangkan.

Filem animasi ini mengisahkan pengembaraan Upin dan Ipin bersama kawan-kawan mereka Ehsan, Miji, Mail, Jarjit, Mei Mei dan Susanti yang terperangkap di dalam mistik Keris yang disimpan di dalam stor Tok Dalang. Takkala mereka mengemas stor tersebut mereka terjumpa sebuah keris mistik yang akhirnya membawa mereka pergi ke dunia lain yang disebut Inderaloka.

Di negeri Inderaloka tersebut mereka ditemukan dengan watak-watak filem Melayu Klasik seperti Mat Jenin, Belalang, Bawang Merah Bawang Puteh, Nakhoda Ragam dan Raja Bersiong. Perpindahan dari babak setiap karakter Melayu Klasik yang diketengahkan di dalam filem ini agak cepat sekaligus menjadikan penonton yang menontonya tidak berasa tertunggu-tunggu dan tidak membosankan.

Filem animasi ini menelan belanja RM20 juta sepanjang penerbitannya sekaligus merupakan filem tempatan paling mahal yang pernah dihasilkan.

>

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge