Prosedur Perkahwinan Negeri Selangor 2019

Hai, apa khabar. Dengar cerita nak kahwin tahun ni. Betul ke? Okay tahniah anda berada di landasan yang tepat. Jika anda merupakan orang Selangor atau orang luar negeri Selangor yang menetap/bekerja di Selangor dan mahu melangsungkan perkahwinan anda sama ada di dalam mahupun diluar negeri Selangor disini saya akan tulis beberapa perkara penting dan prosedur bagi mendapatkan kebenaran melangsungkan pernikahan anda. Anda sudah bersedia? Jom lihat perkara yang pertama sekali jika anda orang Selangor dan mahu melangsungkan perkahwinan anda di Selangor/luar Selangor.

Artikel ini wajib dibaca oleh lelaki-lelaki yang mahu mulakan langkah serius ke alam rumah tangga. Artikel ini untuk :

  • Lelaki dan pasangan yang merupakan orang Selangor dan mahu menikah di dalam negeri Selangor
  • Lelaki dan pasangan bukan orang Selangor tapi si lelaki bermastautin di Selangor dan mahu menikah di negeri Selangor/Luar Selangor
  • Lelaki orang Selangor dan pasangan dari negeri lain dan mahu menikah di luar negeri Selangor.

Ingat, prosedur mohon kebenaran nikah ini perlu dimulakan oleh bakal pengantin lelaki terlebih dahulu.

Tanpa membuang masa anda jon kita semak prosedurnya ok!

  1. Dapatkan Sijil Kursus Pra Perkahwinan

Ini perkara pertama sekali yang perlu anda selesaikan bersama-sama pasangan anda. Sila daftarkan diri anda untuk mengikuti kursus pra perkahwinan yang diadakan di universiti mahupun institusi yang diiktiraf penguatkuasa Pejabat Agama Islam Daerah. Bayaran dikenakan adalah RM80 untuk seorang dan anda perlu mengikuti kursus tersebut selama dua hari.

2. Dapatkan Result Pemeriksaan HIV

Ini perkara kedua yang perlu anda lakukan setelah anda mendapatkan Sijil Kursus Pra Perkahwinan. Harus anda ingat, result HIV Test ini hanya valid selama 90 hari dari tarikh anda akad nikah. Maka anda haruslah bijak merancang.

3. Dapatkan Borang Benar Nikah Online di Jabatan Agama Islam Selangor

Borang ini perlu diisi oleh calon pengantin lelaki sekiranya kedua pasangan adalah orang Selangor/pengantin lelaki bermastautin di Selangor. Sekiranya pasangan anda orang luar dari negeri Selangor maka pihak perempuan perlu pergi ke Pejabat Agama Islam Daerah tempat dia tinggal/kariah untuk memohon kebenaran nikah. Namun, ianta harus dimulakan oleh pihak lelaki terlebih dahulu untuk membuat urusan meminta kebenaran nikah.

Bagi orang Selangor dan pasangannya bukan orang Selangor dan mahu melangsungkan pernikahan di luar negeri Selangor, anda perlu selesaikan segala urusan dipihak anda terlebih dahulu dengan JAIS. Setelah mendapat Kebenaran Nikah barulah dokumen tersebut diserahkan pada pasangan perempuan untuk dibawa ke PAID di kariah dia untuk diuruskan oleh PAID kariah pasangan anda pula. (Prosedur mungkin berbeza mengikut negeri)

Bagi yang bukan orang Selangor tapi bermastautin di Selangor, dan pasangannya juga bukan orang Selangor dan mahu menikah di luar Selangor, anda masih lagi terikat dengan JAIS. Anda perlu mengisi borang pengesahan mastautin dan harus disahkan oleh Nazir Masjid Kariah anda. Jangan anda lupa pula kariah tempat anda tinggal.

Borang 1 (Pengesahan Mastautin) yang anda download dari JAIS perlu anda isi dan print. Borang ini perlu disahkan oleh Nazir Masjid Kariah tempat anda tinggal. Dokumen sokongan yang perlu anda seratan adalah salinan kad pengenalan seorang saksi yang mengenali anda.

Borang 2A yang anda download dari JAIS pula perlu anda isi sekiranya anda bukan anak jati Selangor, no IC bukan alamat Selangor namun anda menetap di Selangor. Borang ini pula anda perlu bawa bersama dua orang saksi untuk berjumpa dengan Penolong Pendaftar Pernikahan di Masjid Kariah anda untuk disahkan. Bagaimana nak tahu? Sila pergi ke masjid dan bertanya pada tok imam dan tok siak dan berkawan dengan orang masjid.

Okay, selesai dua jenis borang yang wajib anda isi dan dibuat pengesahan oleh pihak yang dinyatakan tadi. Langkah seterusnya adalah pergi ke kedai fotostat untuk fotostat borang yang telah disahkan tadi sebanyak satu copy sahaja.

4. Dokumen-dokumen Penting/Sokongan

Antara dokumen sokongan yang perlu anda sediakan adalah seperti berikut

  • Salinan IC Pemohon
  • Salinan IC dua orang saksi
  • Result HIV Test & Salinan
  • Sijil Kursus Pra Perkahwinan & Salinan
  • Caburan Daftar Kad Pengenalan (Bagi mereka yang IC nya bukan Selangor/bermastautin di Selangor sahaja)

Setelah selesai dicop dan disahkan oleh Nazir Masjid & PPP (Penolong Pendaftar Pernikahan) bawa borang dan segala dokumen sokongan tadi ke Pejabat Agama Islam Daerah anda. Ingat, jangan salah daerah pula. Anda kena tahu anda daerah mana dan berada dalam kariah mana.

Setelah diserahkan pada PAID, anda akan diberikan satu surat kebenaran nikah oleh JAIS. Borang tersebut perlu anda bawa dan pergi jumpa juru nikah cepat-cepat.

Bagi mereka yang hendak melangsungkan perkahwinan di luar Selangor pula, surat kebenaran nikah tadi anda perlu serahkan kepada pihak perempuan untuk dibawa ke Pejabat Agama Islam Daerah untuk memohon kebenaran nikah bagi pihak perempuan pula.

Sekiranya pasangan anda merupakan anak kelahiran
Negeri Sembilan, Melaka, Perlis, Kedah, Perak dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), dan perkahwinan ingin diadakan di negeri seperti yang disebutkan, pasangan anda perlu mengisi borang Kebenaran Nikah di portal SPIMM.

Selamat pengantin baru kepada mereka yang akan melangsungkan perkahwinan pada tahun 2019 ini.

Artikel ditulis pada tahun 2019. Segala perubahan prosedur dan borang akan diupdate dari masa ke semasa.

>

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge