Cara Apply Google Adsense 2019

Program Google Adsense tidak perlu dibahaskan lagi kerana ianya sudahpun dikenali oleh hampir setiap blogger di dunia ini.Setiap blogger pasti mempunyai idea tersendiri untuk menjana sedikit pendapatan dari penulisan di blog mereka dan tidak sedikit dari mereka yang memilih Adsense sebagai punca pendapatan utama blog mereka.

Pada Oktober 2018 lagi Google telah mempunyai polisi baharu mereka apabila kesemua blog yang ingin menampilkan iklan dari Google hendaklah melalui satu review lagi dari team Adsense. Agak merumitkan bukan? Tambahan pula akaun Google Adsense yang sedia ada (Old Policy) juga telah diupgrade oleh Google Adsense secara automatik dimana kita harus melalui satu lagi “review” untuk setiap blog baru yang ingin kita gunakan untuk menayangkan iklan dari Google tersebut.

Kesimpulannya jika anda ingin apply satu akaun baru, atau ingin apply untuk menayangkan iklan di sebuah blog baru (menggunakan akaun adsense lama) ianya melalui “Site Review” yang perlu diluluskan terlebih dahulu dari team Adsense. Prosesnya sama seperti anda apply satu akaun yang baru untuk sebuah blog bukan?

Oleh demikian ramai juga blogger yang menghubungi saya untuk menggunakan perkhidmatan saya agar blog mereka lepas “review” untuk menayangkan iklan Adsense di blog mereka. Alhamdulillah, ada di kalangan mereka yang telahpun di “approve” oleh Google dalam masa seminggu.

Berikut adalah tips dari saya supaya permohonan Google Adsense anda cepat approved

1. Beli domain TLD dari namechep (Saya guna namecheap sebab murah)
2. Buat blog menggunakan platform blogger (Setelah diapprove Adsense barulah anda beralih ke WordPress Self Host)
3. Tulis artikel original minima 20 artikel
4. Apply Adsense

Apa? Semudah itu? Kenapa ada yang dah apply tapi masih tak lepas? 

Okay disini tips yang lain adalah gaya penulisan anda dan boleh jadi juga theme yang digunakan tidak responsif. Kebanyakan kes yang saya dapati adalah dari gaya penulisan boleh jadi “scrapped content” hasil copy paste yang membuahkan hasil “duplicate content” yang terlebih awal di “detect” oleh Google.

Walaupun Google sudah menggunakan polisi baharu mereka, namun cara dan “requirement” mereka masih tetap sama. Tips yang saya kongsikan ini adalah dari pengalaman saya sendiri setelah 11 tahun berkecimpung dalam bidang blogging dan penjanaan wang online melalui program ini dan ianya mungkin berbeza dari orang lain.

Kepada mereka yang masih gagal, silalah menghubungi saya di “facebook Hafiz Saputra” sekiranya anda berminat untuk menggunakan perkhidmatan saya.

Semoga berjaya!

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge