Cambodia vs Malaysia Piala AFF Suzuki Cup 2018

Ayam tambatan Malaysia Norshahrul Idlan Talaha menjadi penjaring gol pertama dalam perlawanan pertama Malaysia menentang Kemboja di tempat lawan.

Gol kemenangan tersebut dijaringkan pada minit ke 29. Kemenangan tersebut menjadikan Malaysia kini di tangga kedua dalam kumpulan selepas Vietnam menewaskan Laos dengan kemenangan bergaya 3 berbalas 0.Namun demikian rata-rata netizen Malaysia masih lagi ragu-ragu dengan corak permainan Malaysia yang dikatakan bukan pada keupayaan mereka yang sebenar.

Kelemahan ketara pada jentera tengah sering membantutkan hantaran bola dari pemain back kiri dan kanan untuk membuat serangan terhadap pihak lawan. Kami seluruh rakyat Malaysia mengharapkan sesuatu yang indah mampu diciptakan pada Piala AFF Suzuki Cup 2018 kali ini.

Teruskan perjuangan anda semoga berjaya.

>

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge