Harga Kereta Honda Selepas SST September 2018

Senarai harga baru bagi barisan model keluaran dan edaran syarikat Honda Malaysia telahpun dikeluarkan.
Bagi harga baru tersebut odel CKD menyaksikan penurunan harga berbanding harga dengan GST sebelum ini selepas pelaksanaan  SST bermula 1 September 2018.

Antara model CKD seperti Jazz, BR-V, City, Civic, CR-V dan Accord akan dijual pada harga bermula dari RM70,242 hingga RM169,398 (di Semenanjung);
sekitar 0.5% hingga 3.1% lebih murah.

Penyusutan harga paling ketara ialah bagi model CR-V 1.5 TC 4WD, iaitu sebanyak RM4,868 dengan SST (RM156,732)  berbanding harga dengan GST dahulu (RM161,600). Jazz 1.5 S pula menyaksikan peratusan penurunan paling banyak, iaitu 3.13%  lebih murah kini berbanding harga dengan GST.

Namun untuk model Jazz Hybrid, City Hybrid dan HR-V harga dengan SST belum lagi ditetapkan.

Bagi model Odyssey dan Civic Type R, masing-masing dijual lebih tinggi berbanding  sebelumnya pada harga RM258,896 dan RM330,002 (Semenanjung). Manakala model Civic Type R juga mencatatkan peningkatan paling banyak, iaitu RM10,002 atau 3.13% berbanding harga dengan GST dahulu. Odyssey pula naik sebanyak RM4,096 atau 1.61%.

3 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge