Harapan Malaysia Ranap Saat Akhir di Asian Games 2018 Jakarta-Palembang

Harapan Malaysia untuk mara ke pusungan suku akhir di Asian Games 2018 Jakarta-Palembang musnah oleh gol penalti saat akhir oleh Jepun yang disempurnakan oleh Ayase Ueda.

Dato’ Ong Kim Swee dalam komentarnya “Pada saat akhir, kami hilang fokus dan Malaysia sedia maklum bahawa Jepun memiliki barisan depan yang cukup baik. Ia menyukarkan kami tetapi selepas beraksi dengan baik ketika bertahan, sepakan penalti memisahkan kedua-dua pasukan.
“Bagaimanapun, pemain-pemain telah memberikan aksi terbaik tetapi kehilangan sedikit konsentrasi,” Tamatlah sudah perjuangan bolasepak Harimau Muda di bumi Indonesia.

Meskipun begitu secara keseluruhan mereka telah menunjukkan prestasi yang membanggakan seluruh rakyat Malaysia apabila mampu memberikan saingan pada negara-negara bolasepak dunia yang lain.

Kejayaan menewaskan gergasi Korea Selatan 2 – 1 mengejutkan ramai pihak. Mana tidaknya disaat semua peerhati bolasepak tidak memberikan ramalan untuk Malaysia mengalahkan Korea, pada saat akhir itu juga Malaysia memberikan kejutan dengan menghadiahkan sebuah kemenangan.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge